Hmm.. apa plak yang tiba2 ni ek.. sebenarnya aku tak plan pun nak balik Pontian minggu ni. Tiba2 member nk balik Kuantan. Rindu kat mak dia. Aku memang tak nak balik lagi sebab kat rumah takde sesiapa. Husband outstation, anak2 kat Johor. Tapi bila fikir2, aku balik juga ke Kuantan. Boleh settle borang perjanjian dan ambil kereta untuk bawa ke Penang. Aku ajak sepupu aku buat teman. Pagi tadi selepas settle semua urusan di Kuantan, kami pun mulakan perjalanan balik Pontian. Gerak pukul 10.30, pukul 4.30 ptg dh sampai. Singgah lunch di Segamat, GP Asam Pedas. Sedaapp.. Memang tiap kali lalu Segamat, kalau time lunch kami akan singgah situ. Cuma kali ni agak berbeza sebab lunch ngan sepupu, bukan dengan husband. Huhuu, rindulah plak. Balik Johor tak boleh berSkype dengan husband. Kena tunggu balik hostel baru boleh berSkype. Ni tengah teman anak2 buat latihan dan kerja sekolah. Bila mama yang teman, mulut mama pun tak berhenti-henti membebel. Mama pun boleh menyambil tulis blog dan layan FB. Hehehee, mama leh multi-task. So, anak2 pun kena boleh multi-task. Hari ahad ni baru balik Penang. Hari tu masa daftar, suami yang drive sampai Penang. Kali ni aku drive plak dengan ditemani sepupuku. Huhuuu, 9 jam tu nak drive. Lepas ni leh story citer aku drive ke Penang plak. Hhhehehee..
No comments:
Post a Comment