As of today, dah 3 hari aku bergelar student. Pada 13hb yang lepas, aku mendaftarkan diri di USM, Penang. Bermula dari tarikh itu juga hidupku bertukar dari surirumah sepenuh masa kepada student sepenuh masa. Hehee... Mencabar juga tu, almaklumlah umur dh senja ni kan. Nak mendaki tangga2 di asrama serta berjalan kaki setiap hari untuk ke kuliah. Lepas ni kalau tak hilang juga lemak2 yang degil ni tak taulah nak kata apa.
Minggu ni hanya dipenuhi dengan aktiviti orientasi, minggu hadapan baru bermula kuliah. Kursus yang aku ikuti ni selama 1 1/2 tahun. DPLI-GSTT. Satu-satunya dalam sejarah pendidikan. Aku amat berharap aku dapat buat yang terbaik. Lebih baik daripada ijazahku yang lepas. Masa tu aku lebih banyak main daripada belajar :P PASTI BOLEH!!
^_^ ^_^
No comments:
Post a Comment