Alhamdulillah, selepas 10 jam perjalanan, aku sampai juga ke rumah. Seronok rasa dapat pulang ke rumah sendiri. Kami bertolah dari Penang pukul 3.00 ptg. Dalam pukul 12.30 mlm sampai di Kuantan. Pukul 1 pagi barulah sampai di rumah. Penat toksah nak katalah. Punggung ni rasa kebas je. Hehehee.. veterenlh katakan, dh lama aku tak travel naik bas lama2 mcm ni. Perjalanan jadi lambat sebab kami berhenti di rehat lama gak. 2 kali plak tu. Lepas tu singgah masuk Temerloh jap sebab ada yang nk turun di situ. So, perjalanan untuk warga Kuantan bertambah panjanglah. It's ok, as long as semuanya selamat sampai. My parents and anak2 aku pun selamat sampai dari Johor lebih kurang aku je. Gambar aku snap sikit aje, mood nak snap gambar ni kurang sikit bila anak2 tiada di sisi..
Muka masing2 yang sudah tak sabar2 nak jumpa orang tersayang. Kita nak ambil gambar pun masing-masing buat tak layan je. Hahahaa..
Ni gambar org kuat yang berusaha merealisasikan impian anak2 Pahang untuk balik satu bas. Pn Aznora. Sungguh happening Nora ni. Ada je idea dia untuk membuatkan kami tergelak. Terima kasih banyak Nora, sebab kalau bukan kerana usaha Nora, terpaksalah kami yang xtau apa2 ni turun ke Butterworth dan naik bas ekspress. Semoga usaha murnimu itu berpanjangan hingga ke akhir pengajian. hehhe..
No comments:
Post a Comment