Sunday, February 26, 2012

Letih..Zzz..

Hari ni aku balik Penang. Bertolak pukul 7.15 pagi, sampai Penang pukul 7.30 mlm. Hehehee.. lambatnya sampai kan. Ini semua gara2 nak mengambil buku rujukan untuk kegunaan buat tugasan yang dah melambak-lambak ni. Aku berkonvoi 2 buah kereta ke Selama, Perak. Ingatkan Selama tu dekat je dekat tol Taiping. Rupa2nya jauhhh. Ada dekat 2 jam lebih gak nk sampai ke destinasi.
Actually, rumah yang kami nak pergi ni merupakan kawan kepada kawan aku. Senang cerita, kawan kepada driver kereta yang satu lagi. Dia pun ingat dekat tempatnya, tu yg dia setuju untuk ke rumah untuk mengambil sendiri buku-buku tu. Sekali, sikit punya jauh daa.. hahhaa..
Nasib baik pemandangan boleh dikatakan cantik. Sekali-sekala masuk kampung orang, seronok gak. Siap ada lembu berjalan2 di kiri kanan jalan. On the way balik dapat tgk sawah padi lagi.
Dari Selama ke Penang kami lalu Kulim, Kedah. Punyalah jauh aku drive hari ni, Dari Pontian, Johor sampai ke Kulim, Kedah dan yang pasti aku pun tak sangka yang aku akan drive kereta sejauh ini. Dalam masa 12 jam plak tu. So, maksudnya aku boleh buatlah drive jauh2 ni.. hahhaaa.. yes!!yes!!yes!! riaklah plak.. hehhe..
Masa drive tu aku main belasah je. Takde dah fikir penat or mengantuk. Tapi yang pasti bila nampak je tol Jambatan PP, rasa legaa sangat ^_^
Gambar ni aku ambil masa berhenti kat Petronas, tgh tunggu member tu sampai. Dari sini nak sampai rumah dia dalam 30minit.






Gambar ni aku ambil masa keluar makan dengan anak-anak. Keseronokkan mereka bila aku balik rumah tergambar di muka masing2. Sungguh rindu nak menatap wajah mereka lagi.



ur's truly

Friday, February 24, 2012

Tiba-tiba..

Hmm.. apa plak yang tiba2 ni ek.. sebenarnya aku tak plan pun nak balik Pontian minggu ni. Tiba2 member nk balik Kuantan. Rindu kat mak dia. Aku memang tak nak balik lagi sebab kat rumah takde sesiapa. Husband outstation, anak2 kat Johor. Tapi bila fikir2, aku balik juga ke Kuantan. Boleh settle borang perjanjian dan ambil kereta untuk bawa ke Penang. Aku ajak sepupu aku buat teman. Pagi tadi selepas settle semua urusan di Kuantan, kami pun mulakan perjalanan balik Pontian. Gerak pukul 10.30, pukul 4.30 ptg dh sampai. Singgah lunch di Segamat, GP Asam Pedas. Sedaapp.. Memang tiap kali lalu Segamat, kalau time lunch kami akan singgah situ. Cuma kali ni agak berbeza sebab lunch ngan sepupu, bukan dengan husband. Huhuu, rindulah plak. Balik Johor tak boleh berSkype dengan husband. Kena tunggu balik hostel baru boleh berSkype.
Ni tengah teman anak2 buat latihan dan kerja sekolah. Bila mama yang teman, mulut mama pun tak berhenti-henti membebel. Mama pun boleh menyambil tulis blog dan layan FB. Hehehee, mama leh multi-task. So, anak2 pun kena boleh multi-task.
Hari ahad ni baru balik Penang. Hari tu masa daftar, suami yang drive sampai Penang. Kali ni aku drive plak dengan ditemani sepupuku. Huhuuu, 9 jam tu nak drive. Lepas ni leh story citer aku drive ke Penang plak. Hhhehehee..


ur's truly

Wednesday, February 22, 2012

3rd Day Class

Kuliah dh bermula. Assignment semakin berderet-deret. Masing2 memerlukan perhatian. Huhuu, ya Allah, kuatkanlah semangat serta permudahkan segala urusanku ini. Aminnn..



ur's truly

Saturday, February 18, 2012

Naik Bas Ramai2

Alhamdulillah, selepas 10 jam perjalanan, aku sampai juga ke rumah. Seronok rasa dapat pulang ke rumah sendiri. Kami bertolah dari Penang pukul 3.00 ptg. Dalam pukul 12.30 mlm sampai di Kuantan. Pukul 1 pagi barulah sampai di rumah. Penat toksah nak katalah. Punggung ni rasa kebas je. Hehehee.. veterenlh katakan, dh lama aku tak travel naik bas lama2 mcm ni.
Perjalanan jadi lambat sebab kami berhenti di rehat lama gak. 2 kali plak tu. Lepas tu singgah masuk Temerloh jap sebab ada yang nk turun di situ. So, perjalanan untuk warga Kuantan bertambah panjanglah.
It's ok, as long as semuanya selamat sampai. My parents and anak2 aku pun selamat sampai dari Johor lebih kurang aku je. Gambar aku snap sikit aje, mood nak snap gambar ni kurang sikit bila anak2 tiada di sisi..

Muka masing2 yang sudah tak sabar2 nak jumpa orang tersayang. Kita nak ambil gambar pun masing-masing buat tak layan je. Hahahaa..


Ni gambar org kuat yang berusaha merealisasikan impian anak2 Pahang untuk balik satu bas. Pn Aznora. Sungguh happening Nora ni. Ada je idea dia untuk membuatkan kami tergelak. Terima kasih banyak Nora, sebab kalau bukan kerana usaha Nora, terpaksalah kami yang xtau apa2 ni turun ke Butterworth dan naik bas ekspress. Semoga usaha murnimu itu berpanjangan hingga ke akhir pengajian. hehhe..


Aku interprem aje. Amacam, ada gaya budak sekolah tak? hehhee..






ur's truly

Thursday, February 16, 2012

Cerita sikit2..

Oklah, hari tu masa mula2 sampai di Penang aku ngan hubby menginap di Anggerik Lodging. Rating penginapan ni pada aku oklah sbb nk budget kan. Selesa sangat. Tapi tak bolehlah nk samakan dengan hotel 5 bintang kann.. Di sini ada disediakan bilik mcm dorm, banyak katil. So, bg family yang besar bolehlah sewa bilik ni. Kami tidur satu malam aje. Lepas ni kalau my family datang, bolehlah sewa sini aje. Dekat pun dekat dengan USM. Ikut jalan belakang aje, takyah nk tempuh jalan utama yang sentiasa sibuk di Penang ni.
Lepas check-in bilik, petang tu kami kuar jalan2. Naik bas Rapid pergi Padang Kota. Masa mula2 kuar tu ingat nak tahan teksi je, tapi rupanya kat Penang ni payah juga nk jumpa teksi. So, masa tunggu bas tu ada konduktor bas kat situ bolehlah kami tanya cara nak pergi tempat2 yg best.
Kami decide pergi Padang Kota aje sebab aku teringin nk makan laksa penang, hubby plak nak mkn pasembur. Tak rugi kami ke sana, kami dapat makan pasembur, laksa penang ngan char koay teow. Lepas tu ada jual jeruk, hubby beli 1 1/2kg untuk di bawa balik.
Aku ambil gambar sikit2 aje. Untuk dijadikan memori.

















ur's truly

Balik Kuantan!!

Esok nak balik kuantan. Nak uruskan dokumen perjanjian KPM. Disebabkan hubby kena outstation ke Bangkok 10 hari, nak tak nak aku kena balik Kuantan juga minggu ni. My parents pun terpaksa datang Kuantan juga. Kalau tak settle minggu ni memang takkan sempat nak siapkan nanti. Masa yang diberi untuk lengkapkan semua dokumen hanya 3 minggu. Tapi takpelah, at least I can see my husband and kids. Rindu sangat kat diorang.
Semalam Dania call, dia menangis and cakap yang dia rindu. Dia nak mama. Sangat sedih hati ni *~*
Esok nak balik Kuantan naik bas ramai2. Disebabkan ramai warga Pahang yang untuk kos ini, kitorang chartered 1 bas persiaran untuk balik sana. Orait juga tu, kurang2 dh tak payah nak pikir soal transport nak pergi ke bas station.




ur's truly

Wednesday, February 15, 2012

Hidup Baru, Diari Baru


As of today, dah 3 hari aku bergelar student. Pada 13hb yang lepas, aku mendaftarkan diri di USM, Penang. Bermula dari tarikh itu juga hidupku bertukar dari surirumah sepenuh masa kepada student sepenuh masa. Hehee... Mencabar juga tu, almaklumlah umur dh senja ni kan. Nak mendaki tangga2 di asrama serta berjalan kaki setiap hari untuk ke kuliah. Lepas ni kalau tak hilang juga lemak2 yang degil ni tak taulah nak kata apa.
Minggu ni hanya dipenuhi dengan aktiviti orientasi, minggu hadapan baru bermula kuliah. Kursus yang aku ikuti ni selama 1 1/2 tahun. DPLI-GSTT. Satu-satunya dalam sejarah pendidikan. Aku amat berharap aku dapat buat yang terbaik. Lebih baik daripada ijazahku yang lepas. Masa tu aku lebih banyak main daripada belajar :P PASTI BOLEH!!


^_^ ^_^




ur's truly

Thursday, February 2, 2012

10 more days..

Another 10 more days for me to begin my life as a student again.. Not sure if the feeling is the same as 27 yrs ago, during the time I first step my foot in KYPM Bangi.. Embark on a journey as a college student.. At that time I feel so excited and full of energy to experience a new life outside the cocoon of my family.. but now I feel hesitated to leave those I love behind even for a short period.. huhuu.. Just hopping that the path that I choose is the right one, with the support of my love ones..



ur's truly