Tuesday, October 14, 2008

Hari Raya Kedua

Hari ni kami semua akan pulang ke kampung belah embah di Panchor, Muar pulak..jumpa moyang danish ngan dania, kira ni nenek mama belah ayah..dua2 atuk lelaki mama dah tiada..kami bertolak pagi sbb destinasi kami untuk hari raya kedua ni jauh, hari ni jugak kami nak balik ke Raub, Pahang.. kami tiba di Muar dlm kol 12.30 tghari tp moyang xde sbb p klinik, kena CB..biasalah musim perayaan gini kalau makan tu macam2, bila perut tak tahan tu yg boleh kena CB..so, kitorang lepak jap sementara menunggu..Danish ngan Dania yg tido sejak dlm kereta, sambung tidur kat dalam rumah plakss..
Lambat jugak moyang D&D balik drp klinik, embah n embahcik pun tak sampai lagi..kitorang bertolak dulu tadi sbb nak jimat masa nak balik ke Raub..lps beraya kat rumah moyang D&D, kami p rumah Toklong plak di Batu 3, Muar..Masa 1st raya hari tu diorang ada dtg rumah, lgpun kalau tak p rumah diorang rasa tak lengkap raya nie..mama pun dah lama tak jumpa cousin mama.. Habis beraya rumah Toklong, kami bertolak balik kampung abah di Raub..diorang dah tunggu :D
Dlm kol 6 ptg gak kami gerak..dlm perjalanan tu punyalah banyak kenderaan, lps tu abah kata esok(jumaat) ada yg dah start keje tu yg ramai org balik..highway penuh, mula2 tu mama temanlah abah gak..tp lps berhenti kat R&R Jejantas Melaka, mama tak larat dah nak tahan mata ni..lgpun badan dah letih sangat, apalg zzzzzzzlah jawabnya :P tension jer abah, kids pun tido gak...hhehehehee, sorry abah kami tak laratlah..
Then, masa kat Petronas Bentong (Petronas besar kat highway Karak tu) adalah insiden yg suspen..mama ngan dania tido tak sedar diri dah...Along dah bangun masa abah berhenti smbahyang kat R&R N9, lps tu mulut potpet2 tak berhenti dok nanya mcm2...abahlah yg melayan..oklah back to the story, masa kat petronas tu abah pi bilik air..Along boleh keluar drp kereta sendiri, mama tido mati agaknya..sampai tak sedar along keluar kereta sendiri..Lps tu dia p masuk dalam kedai petronas tu, nasib baik abah tergerak nak masuk kedai dulu b4 masuk kereta..so, nampaklah along dok jenjalan dlm kedai tu mcm biasa n siap tegur abah lagi..
Bila sampai rumah, abah tanya kenapa dia keluar kereta..Jawapan yg along beri mmg menggelikan hati, nak marah pun tak jadi (as mama tau hanya lps sampai kat rumah MIL..inilah jawapan along "along cari abah nak beritahu abah yg along nak berak"...hahahhahahaaaa....dlm pada nak cari abah tu habis satu kedai petronas dia pusing, dok belek apa yg ada dlm kedai tu..ni plak sambungan pd jawapan dia tadi.."tadi ada mainan doktor tapi warna pink, pink utk girl..along taknak, jadi along nak mainan kereta yg kecik2 jer"...pening sungguh anak teruna mama sorang ni, tak reti takut...hishhh, lps nie jgn buat yea..abah ngan mama siap pesan lg, kalau mama tgh tido kejutkan n beritau kalau along ada nak gi mana2..berkali2 dipesan, risau sungguh hati nie..salah mama gak tido tak menyedar, cuma paham2 ajelah bila badan dah keletihan..itulah insiden yg paling suspenkan kami semua musim raya tahun nie...
Masa kat rumah mak saudara mama..rumah dia sebelah je ngan rumah moyang D&D..so, kira yg bb tu pangkat mak saudaralah ngan D&D :D

Dania suka sangat ngan bb tp bila tanya nak bb tak, dia geleng kepala..macam paham jer :P

No comments: