Sunday, March 25, 2012

Project Luar - Sekolah

Seronok juga bila buat assignment yang perlu keluar daripada kawasan kampus ni. Terbuka rasa minda. Hari Jumaat yang lepas, kami seramai 12 orang telah membuat lawatan ke SMK Raja Lope Nor Rashid di Parit Buntar, Perak. Hari ni, Ahad, kami ke SMK Tunku Panglima Besar, Kulim, Kedah. Merata-rata berjalan untuk memenuhi keperluan assignment kami ni. Ada lagi 2 project luar yang kena settle. Untuk project sekolah, hanya perlu siapkan report sahaja sekarang ni.
Ikut perancangan, hari Jumaat ni akan ada satu field visit ke Kem Titi Hayun, Yan, Kedah. Itu untuk project KoK plak. Perkhemahan 3 hari 2 malam. Aku jadi SU, banyaknya kerja yang perlu dibuat. Huhuu.. Seumur hidup aku belajar dan bekerja, inilah kali pertama aku jadi SU. Tak sukaaa.. Namun, akan ku laksanakan dengan sempurna serta terbaik. Itu janji aku pada diri sendiri. Peluang belajar ni tak akan ku sia-siakan. Setiap cabaran yang diberi akan ku sambut dengan redha serta diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Ok, sebagai SU aku akan turun serta dalam field trip tu. Maybe aku kena drive sendiri. Cekal, tabah, berani. Kuang..kuang..kuang.. kuatkan ajelah hati ni nak drive masuk kampung orang. Berdoa agar tiada apa2 yang berlaku.
Kemudian, ada satu lagi project iaitu projek ke pusat komuniti. Outline untuk project ni lom tau lagi. Esok baru tau masa lecture.






ur's truly

No comments: