Tuesday, March 27, 2012

Due untuk psikologi assignment dilanjutkan satu hari. Yeay!! Hantar selewat2nya 2/4/2012 pukul 12 tgh mlm. Target kena siapkan by khamis ni. Lepas tu leh buat keje lain.
Ni gambar sekolah2 yang aku pergi weekend lepas. SMK Raja Lope Nor Rashid dan SMK Panglima Besar.





** Lagi dua minggu nak start cuti mid-sem. Excitednyaa ^_^


ur's truly

Sunday, March 25, 2012

Project Luar - Sekolah

Seronok juga bila buat assignment yang perlu keluar daripada kawasan kampus ni. Terbuka rasa minda. Hari Jumaat yang lepas, kami seramai 12 orang telah membuat lawatan ke SMK Raja Lope Nor Rashid di Parit Buntar, Perak. Hari ni, Ahad, kami ke SMK Tunku Panglima Besar, Kulim, Kedah. Merata-rata berjalan untuk memenuhi keperluan assignment kami ni. Ada lagi 2 project luar yang kena settle. Untuk project sekolah, hanya perlu siapkan report sahaja sekarang ni.
Ikut perancangan, hari Jumaat ni akan ada satu field visit ke Kem Titi Hayun, Yan, Kedah. Itu untuk project KoK plak. Perkhemahan 3 hari 2 malam. Aku jadi SU, banyaknya kerja yang perlu dibuat. Huhuu.. Seumur hidup aku belajar dan bekerja, inilah kali pertama aku jadi SU. Tak sukaaa.. Namun, akan ku laksanakan dengan sempurna serta terbaik. Itu janji aku pada diri sendiri. Peluang belajar ni tak akan ku sia-siakan. Setiap cabaran yang diberi akan ku sambut dengan redha serta diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Ok, sebagai SU aku akan turun serta dalam field trip tu. Maybe aku kena drive sendiri. Cekal, tabah, berani. Kuang..kuang..kuang.. kuatkan ajelah hati ni nak drive masuk kampung orang. Berdoa agar tiada apa2 yang berlaku.
Kemudian, ada satu lagi project iaitu projek ke pusat komuniti. Outline untuk project ni lom tau lagi. Esok baru tau masa lecture.






ur's truly

Thursday, March 22, 2012

Kehidupan seorang pelajar


Mengantuk.. letih.. stress.. hmm apa lg ek.. itu negatif..
Lega.. bersyukur.. boleh tidur kejap.. itu plak positif..

Hehhehe.. dh lepas 2 presentation, ada lg 2..

Esok ngan tulat nk g buat projek sekolah pulak kt Perak ngan Kedah.. Huishh, jauh2 belaka.. Takpe, jauh perjalanan luas pandangan. Kira tahun ni kehidupan aku di merata-rata semenanjung M ajelah..

Individual assignment, baru suam2 kuku je, ntah bila nk menggelegak pun tak tau..

Bulan 5 ada perkhemahan KoK plak kt Yan, Kedah.. Lom apa2 dh dpt tugas S/U.. Tambah lagi tugas berat..

Ya Allah, sesungguhnya sihatkanlah tubuh badanku, mindaku agar aku dapat melaksanakan segala amanah dengan sempurna.. Sesungguhnya itu semua adalah ketentuanmu jua untuk menjadikan aku insan yang lebih baik.. Aminnn..










ur's truly

Saturday, March 3, 2012

JJCM Padang Kota

Dah 2 minggu kuliah berjalan, life aku sbg seorg student pula dh 3 minggu. Minggu depan start kelas tutorial, maksudnya akan ada group buat presentation. Tapi bukan group aku. Legaaa..Group aku ada lg 2 minggu.. berdebar jugak ni..
S0
, lepas seminggu dok asyik ngadap lappy, books and article, kami (aku ngan kengkawan berlima) buat plan ad-hoc. Gi Padang Kota, semata2 nk makan pasembur. Hehehee.. bukan apa, ari tu masa mula2 dtg aku ngan hubby pernah mkn situ kannn.. itu yg diorg soh bawa gi situ.. kalau soh bw g tempat lain mmg aku xtau.. itupun aku soh Siti yang bawa, aku xmo bw masuk bdr Penang.. Lom sedia lg :-P
Masa pergi senang gk, tp masa balik banyak plak beloknya.. hehhee.. yang best tu, kami ni dh mcm tourist plak kt situ.. dok snap sana, snap sini.. dhlah mostly kaum ibu2 kami ni.. hahhaa.. siap ada adik tu tanya kami ni rombongan ke sebab aku minta tolong dia snap gambar kami berlima.. Lawak je sbb segan plak bila aku inform yg kami ni student..
Oklah, ni antara picca yg kami snap.. mcm kanak2 ribena pun ada.. U all layan ajelah yea.. Kami perg dalam kol 6, balik lepas solat maghrib. Ada disediakan surau kat medan selera tu. Mudah nak solat.















<span class=ur's truly">