Lagi 2 minggu dah nak mula sekolah. Persiapan anak2 pun dah dibuat. Tadi semak pemilihan KPLI-GSTT, alhamdulillah terpilih akhirnya. 26hb ni semak kursus dan tempat belajar pulak.
Aktiviti kami dah hujung2 cuti ni makin rancak pula. Hari sabtu yang lepas kami pergi makan nasi minyak di Jengka. Guru sekolah Danish merangkap ex-neighbour kami yang kahwin. Selepas jemputan kami terus gerak ke Shah Alam. Sempat lagi singgah di MidValley, makan kat Pizza Hut. Malam tu kami tidur rumah my sis kat Shah Alam.
Hari Ahad kami bergerak balik Kuantan. Sebelum tu kami ke Aquaria, KLCC. Disebabkan Danish dan Dania tak pernah naik train, so kami bawalah mereka naik LRT dari KL Sentral ke KLCC. Excited diorang dapat naik LRT especially bila lalu tunnel.
Planning asal kami nak balik Kuantan terus, tapi my MIL call and beritahu yang rambutan, dokong and cempedak dh banyak yg masak kt kampung. So, lps short discussion kami pun balik Raub :P Hari Isnin baru balik Kuantan. Disebabkan kami balik lalu Lanchang, sempatlah jugak kami singgah di National Elephant Conservation Centre, Kuala Gandah.
Rasa-rasanya percutian tak dirancang ni lagi banyak plak destinasi persinggahan.
No comments:
Post a Comment