Final entry ni bersiaran langsung dari Johor. Entry yg terakhir untuk tahun 2011. Takde apa2 event yg best pun. Masuk hari ni dh dua hari duduk kt kg. Smlm uruskan permohonan sekolah Along di Pejabat Pelajaran Negeri Johor. Alhamdulillah dah selesai. Hari ni just duduk kt rumah aje. Pagi tadi bawa Along dengan Dania bermain di playground kt pantai Pontian. Punyalah happy kanak2 dua org tu. Almaklumlah dah lama tak dpt main kt playground.
Saturday, December 31, 2011
Tuesday, December 27, 2011
Jauhnyaa...
Apa yang jauh tu?! Ingat tak minggu lepas Fateen ada cerita pasal offer KPLI-GSTT.. Hmm.. hari ni dah kuar penempatan utk kursus tu.. Dapat offer belajar kt USM Pulau Pinang.. Jauh tuuu.. Demi memenuhi impian, akan ku tempuh segala dugaan dan cabaran yang mendatang.. hehehe, lagipun cuma 18 bulan aje.. pejam celik pejam celik dah habis pun.. berjauhan dengan suami dan anak2, itulah pengorbanan kami semua utk merealisasikan impian ku..
Anak2ku pula akan ku hantar ke kampung Johor.. My parents akan jaga diorang sepanjang tempoh pengajianku.. So, my Danish and Dania akan bersekolah di sanalah.. Segala persediaan back to zero sebab di Kuantan, Danish sekolah swasta, uniform lain.. hmm, banyaknya benda nak uruskan.. Tarikh pendaftaran adalah pada 20hb Februari.. sempatlah nk uruskan anak2..
Monday, December 26, 2011
Johor Premium Outlet
Johor Premium Outlet.. hmm, nak komen apa ye.. for me, nice cuma if nak pergi lagi poket kena penuhlah ;P All outlet at JPO are international brand.. At first, I thought org mestilah tak ramai but I silap.. Punyalah ramai org dah serupa pasar malam pun ada.. Mostly yg just window shopping mcm kami ni.. The landscape is so nice and enjoyable, siap ada playground for kids.. terasa macam jalan2 kat oversea plak (mcm pernah sangat pergi oversea) hehheee... Not suitable to go during rainy days because it is an open space.. tak pun u all kena bawa payunglah bila pergi sana.. Masa kami pergi hujan renyai-renyai so still ok kalau nak berjalan-jalan.. Anyway, for me this will not my last time here ^_^ So, I think I will add shopping at JPO as one of my wishlist lah..
Wednesday, December 21, 2011
Monday, December 19, 2011
Jalan2 Cuti Sekolah 1
Lagi 2 minggu dah nak mula sekolah. Persiapan anak2 pun dah dibuat. Tadi semak pemilihan KPLI-GSTT, alhamdulillah terpilih akhirnya. 26hb ni semak kursus dan tempat belajar pulak.
Aktiviti kami dah hujung2 cuti ni makin rancak pula. Hari sabtu yang lepas kami pergi makan nasi minyak di Jengka. Guru sekolah Danish merangkap ex-neighbour kami yang kahwin. Selepas jemputan kami terus gerak ke Shah Alam. Sempat lagi singgah di MidValley, makan kat Pizza Hut. Malam tu kami tidur rumah my sis kat Shah Alam.
Hari Ahad kami bergerak balik Kuantan. Sebelum tu kami ke Aquaria, KLCC. Disebabkan Danish dan Dania tak pernah naik train, so kami bawalah mereka naik LRT dari KL Sentral ke KLCC. Excited diorang dapat naik LRT especially bila lalu tunnel.
Planning asal kami nak balik Kuantan terus, tapi my MIL call and beritahu yang rambutan, dokong and cempedak dh banyak yg masak kt kampung. So, lps short discussion kami pun balik Raub :P Hari Isnin baru balik Kuantan. Disebabkan kami balik lalu Lanchang, sempatlah jugak kami singgah di National Elephant Conservation Centre, Kuala Gandah.
Rasa-rasanya percutian tak dirancang ni lagi banyak plak destinasi persinggahan.
Friday, December 16, 2011
Hujan lagi...
Tuesday, December 13, 2011
Dah nak masuk sekolah rupanya...
Salam semua. Hari ni uruskan pendaftaran Dania untuk tahun depan. Dah masuk 6 tahun anak dara mama ni. Tapi bulan Julai nanti baru betul2 6 tahun kan ^_^ Seronok Dania masa di Affan(nama pre-school Dania) tadi. Teringat mama masa daftar Dania tahun lepas. Mula2 aje nk sekolah tapi masa minggu pertama di sekolah menangis/monyok takmo sekolah. So, urusan persekolahan Dania termasuk uniform dh settle, tinggal urusan Along aje. Urusan pembelian buku Along pada 27/12 dan 28/12, lagi 2 minggu.
Lepas uruskan pendaftaran Dania, kami jalan2 di ECM. Lunch kat Chicken Rice Shop di ECM je. Masing2 order mi aje, tak order nasi pun. Wantan Noodles for ALong and Dania, Nyonya Laksa for me. Rasa sesuai dengan tekak kami bertiga. hehhe. Ohya, gambar xde. Tak dan nk snap2 gambar. Masing2 terus aje menjamu selera.
So, destinasi kami seterusnya pergi tengok baby Nayli. My fren Olie dah 21 hari bersalin. Baru hari ni pergi tengok. So cutee baby Nayli or nama penuh Nur Qayra Arissa Nayli. Nama yang panjang dan cantik. Bila tengok dan pegang baby terasa nk sangat dapat baby lagi ^_^.
Monday, December 12, 2011
Sony Nex C3
One of my wishlist dah dpt dipenuhi. Actually, I'm waiting until end of this month baru nk purchase this camera (tunggu duit simpanan cukup). But atas jasa baik my hubby, dapatlh beli awal sikit. Lepas ni bersemangat sikit nk ambil gambar. Heehhee. Camera lama jadi hak milik kekal hubby. Dia guna untuk keje. So, lepas ni xdelah nk berebut camera dah ^_^ Kat bawah ni antara hasil yang diperolehi. Kat luar hujan, so ambil gambar indoor ajelah. Inipun tak habis study lagi.
Friday, December 9, 2011
Jalan2 ECM
Cuti sekolah kali ni kami tak plan pergi mana2. So, untuk mengisi masa yg terluang sometimes we bring the kids tengok movie or pergi kenduri kahwin. Hari rabu lepas, Ain and I get together. Kami bawa anak2 tengok movie Puss In Boots. The kids seronok sangat, rasa macam bawa rombongan tadika ke ECM. ECM tu dah macam playground plak. Just imagine 5 kids main kejar2 and bercerita sesama sendiri nonstop. Kami yang nak membelek barang pun tak tenang dibuatnya. One time masa dalam parkson, security guard siap berdiri tercegat tepi anak2 kami yg tengah dok belek beg sekolah. Apa motif dia berdiri kat situ pun tak pasti. Hopefully not the negative one because I was there memantau mereka. Well, they are still kids and they are too happy playing with each other. Rasa-rasa dah berkantung teguran, ingatan dan warning bagi pada mereka tapi tak sampai seminit pun berkesan. ^_^ Budak-budak bila dah ramai-ramai ni, Faham-faham ajelah.
Kami lunch di Rasa Ayamas. Kebetulan masa lepas makan ada mascot Ayamas, so dapatlah bergambar dengan mascot ni. Dania pun jadi berani bila ramai-ramai ambil gambar sebab Dania memang takut dengan apa-apa mascot pun.
Ain dan anak-anak
Us
Subscribe to:
Posts (Atom)