Tuesday, October 13, 2009

Detik ini...

Dah pukul 12.14 mlm, atau pagi sebenarnya.. bukan tak mengantuk tapi ada keje yang kena siapkan.. nk taip minit mesyuarat guru.. lemah sungguh nk buat minit mesyuarat.. masa sekolah dulu pun kalau dapat mmg nk mengelak dari buat minit mesyuarat.. sebab tu seumur hidup mmg tak pernah pegang jawatan setiausaha.. huhuuu, sbb 'rajin' sangatlah ni.. asal2 jadi setiausaha untuk mesyuarat sekolah pun sbb menggantikan tempat guru lama yang sememangnya setiausaha.. hmm, apa nak buat.. terima ajelah..

Sambil2 menaip minit, layan fb kejap.. ni layan blog jap..

Esok sekolah nk buat majlis hari raya.. untuk kakitangan dan guru2.. compem diri ini tak amik gambar.. seganlah, nnt org ingat 'over' plakss.. Bawak kuih raya yang ada, kerepek pisang.. tahun ni beli kuih raya banyak yang berasakan coklat sbb diri ini sendiri yg nak makan.. hehehee, badan pun dh naik berkilo-kilo.. tadi siang dapat control makan sikit sbb kelas penuh.. jumpa nasi belah petang je.. menu esok nasi putih, lauk kampung.. mesti best..

Eh..eh.. lupa plak nk story perihal g KL weekend baru ni..

TRIP KE KL/SHAH ALAM
Kami bertolak dari rumah dalam pukul 8.30 pagi.. singgah makan sarapan kat Aliff depan Megamall.. menu di situ kena dengan selera hubby.. Along ngan Dania pun suka sangat dengan roti canai.. Along panggil roti cennai.. hehheee, tak kisahlah.. janji along boleh makan habis sekeping.. Fateen n hubby makan nasi lemak telur goreng..

Selalunya kami ke KL lalu highway tapi kali ni hubby decide lalu jalan biasa.. Actually, trip ni hanyalah untuk membeli material untuk menjahit.. so, kami nak tgk samada boleh ke tidak cover nanti.. Perjalanan lancar, x banyak lori or 'kereta yang makan angin'.. Sampai2 Kl, kami tuju Jackel jalan TAR.. lepas membeli (sesi rambang mata, kalau boleh semua nak angkut balik Ktn) kami g makan kat Insaf.. pekena nasi beriani ayam madu.. Along ngan Dania pun xmo kalah, masing2 dapat sorang sepinggan nasi.. tapi in the end Fateen and hubby yg habiskan.. heeehhee, sebab sedaaappp..sayang kalau tak habis...

Sesi shopping x habis lagi.. kali ni kami tuju SS2 plak.. Zhouhua.. sekali lagi ku rambang mata.. hish, ini bawak duit banyak mana pun mmg tak cukup.. tapi just ingat pada apa yg customer nak.. itu jer.. so, akhirnya matlamat tercapai.. walaupun dah lama tinggalkan KL, hanya terbabas sekali dua jer masa cari jalan.. kira oklah kann..

Next stop kami ialah MV sebab my sister ada roadshow kat situ dan akan balik slps jam 10mlm.. pergi jumpa dia dulu (malam tu kami tidur rumah dia).. sempatlah my kids main kat playground yg kat foodcourt tu.. pukul 7 playground tutup, kami p makan kat foodcourt plak.. tak larat dah nak makan nasi, fateen just makan asam laksa.. hubby n anak2 makan kue teau sup je... Lepas makan, balik rumah my sister.. kawannya dah ada kat rumah (her house is rumah bujang).. diorang menyewa dua orang je, kami pun dah biasa dengan Mala (her friend, same age with me).. sampai rumah, lepak time.. Dania mmg dah tidur masa on the way balik lagi.. Along tak tidur, asyik tanya bila CikNgah nak balik.. dia tunggu sampai my sis balik, siap ajak main..

Pagi Ahad, lepas sarapan kami bertolak balik.. tapi yang paling best, my sis pergi beli nasi lemak my fav.. dulu masa belum kahwin, dok menetap shah alam.. selalu beli nasi lemak kat sorang kakak kat seksyen 9.. ingat dh xde, rupanya masih ada lagi.. she still remember me, cuma yang kelakar dia selalu ingat yang my sis tu is me.. hmm, my sis dh x larat nk explain just layan ajelah..hehhee.. bring back the nostalgialah bila makan..psst, masa dok bercinta pun selalu beli nasi lemak n breakfast kat taman tasik bila my hubby dtg dr kuantan dulu..

Perjalanan balik kami lalu highway, hubby x larat nk layan jalan biasa.. Then, sampai Maran Fateen yg drive till our house..

ps:sampai Kuantan, sempat lagi hubby n along p gunting rambut..





ur's truly

No comments: