Tuesday, October 20, 2009

Akhirnyaa..

Jeng..jeng..jeng..

*
*
*
*
*
*
*
*

Tercapai impianku!!

Nantikan yea..


ur's truly

Sunday, October 18, 2009

Picca masa di KL

Kebanyakan gambar kami ambil masa di MV.. banyak gak picca yang diambil mengenangkan dah lama tak ambil gambar my kids.. but most pic kabur disebabkan pergerakkan yang terlalu pantas oleh my kids.. so, lepas tapis punya tapis.. inilah 3 keping yang ok.. tgk ajelah aksi along bila diambil gambar.. ada je aksi yang pelik2 dibuatnya..

Gambar nie masa kami makan kat food court MV.. itu Cik Ngah ngan Cik Anne..

Gambar masa main kat Megakidz (rasa2nya itulah nama dia)..




Ok, itu aje nak share buat hari ni..





ur's truly

Saturday, October 17, 2009

Saja-saja je..

Tadi siang kami pergi ke Kuantan Parade.. Hanya satu je tujuannya, nak meninjau hphone.. Mula-mula sblm pergi dah set nk tengok yang ni.... pergi dari satu kedai ke kedai yang lain kami terjah.. susah juga nk dapat sebab phone keluaran lama.. hmm.. nampak gaya kena plan beli phone lainlah..





Tengok phone yang bawah ni plak.. hmm, ok gak kann.. features pun much better than the other one.. cuma bila nak beli pun tak tau.. hehhee, saja2 jer mengenangkan takde benda nak story kan..



ps : nie tengah berkira-kira bila masa nak sambar N85.. gambar-gambar kat atas tu just google search aja..





ur's truly

Wednesday, October 14, 2009

Galeri Raya D&D

Kita dah nak sampai ke penghujung Syawal.. daripada dibiarkan gambar2 ni dok terperap dalam lappyku, baik di upload ke sini.. Hanya gambar kanak2 sahaja yang ada.. org2 dewasa semua not in the mood untuk bergambar..

Inilah suasana pagi raya anak2ku and their cousins.. seronok jer tgk diorang bergambar..

Along, Dania dan anak-anak Kak Long..
Satu-satunya gambar Along dan Dania berdua..
Pose istimewa daripada Dania.. inipun jenuh hubby main ba-ba-chak ngan dia..
Suasana di petang raya plak.. masing2 masih maintain pakai baju melayu dan baju kurung..







Si bam-bam Arissa Qaisara.. anak Adik (adik iparku ku bongsu).. comelkannn.. suka bila diambil gambarnya.. tgk aje senyumnya yang luas tu..





Sekian.. ^_^




ur's truly

Tuesday, October 13, 2009

Detik ini...

Dah pukul 12.14 mlm, atau pagi sebenarnya.. bukan tak mengantuk tapi ada keje yang kena siapkan.. nk taip minit mesyuarat guru.. lemah sungguh nk buat minit mesyuarat.. masa sekolah dulu pun kalau dapat mmg nk mengelak dari buat minit mesyuarat.. sebab tu seumur hidup mmg tak pernah pegang jawatan setiausaha.. huhuuu, sbb 'rajin' sangatlah ni.. asal2 jadi setiausaha untuk mesyuarat sekolah pun sbb menggantikan tempat guru lama yang sememangnya setiausaha.. hmm, apa nak buat.. terima ajelah..

Sambil2 menaip minit, layan fb kejap.. ni layan blog jap..

Esok sekolah nk buat majlis hari raya.. untuk kakitangan dan guru2.. compem diri ini tak amik gambar.. seganlah, nnt org ingat 'over' plakss.. Bawak kuih raya yang ada, kerepek pisang.. tahun ni beli kuih raya banyak yang berasakan coklat sbb diri ini sendiri yg nak makan.. hehehee, badan pun dh naik berkilo-kilo.. tadi siang dapat control makan sikit sbb kelas penuh.. jumpa nasi belah petang je.. menu esok nasi putih, lauk kampung.. mesti best..

Eh..eh.. lupa plak nk story perihal g KL weekend baru ni..

TRIP KE KL/SHAH ALAM
Kami bertolak dari rumah dalam pukul 8.30 pagi.. singgah makan sarapan kat Aliff depan Megamall.. menu di situ kena dengan selera hubby.. Along ngan Dania pun suka sangat dengan roti canai.. Along panggil roti cennai.. hehheee, tak kisahlah.. janji along boleh makan habis sekeping.. Fateen n hubby makan nasi lemak telur goreng..

Selalunya kami ke KL lalu highway tapi kali ni hubby decide lalu jalan biasa.. Actually, trip ni hanyalah untuk membeli material untuk menjahit.. so, kami nak tgk samada boleh ke tidak cover nanti.. Perjalanan lancar, x banyak lori or 'kereta yang makan angin'.. Sampai2 Kl, kami tuju Jackel jalan TAR.. lepas membeli (sesi rambang mata, kalau boleh semua nak angkut balik Ktn) kami g makan kat Insaf.. pekena nasi beriani ayam madu.. Along ngan Dania pun xmo kalah, masing2 dapat sorang sepinggan nasi.. tapi in the end Fateen and hubby yg habiskan.. heeehhee, sebab sedaaappp..sayang kalau tak habis...

Sesi shopping x habis lagi.. kali ni kami tuju SS2 plak.. Zhouhua.. sekali lagi ku rambang mata.. hish, ini bawak duit banyak mana pun mmg tak cukup.. tapi just ingat pada apa yg customer nak.. itu jer.. so, akhirnya matlamat tercapai.. walaupun dah lama tinggalkan KL, hanya terbabas sekali dua jer masa cari jalan.. kira oklah kann..

Next stop kami ialah MV sebab my sister ada roadshow kat situ dan akan balik slps jam 10mlm.. pergi jumpa dia dulu (malam tu kami tidur rumah dia).. sempatlah my kids main kat playground yg kat foodcourt tu.. pukul 7 playground tutup, kami p makan kat foodcourt plak.. tak larat dah nak makan nasi, fateen just makan asam laksa.. hubby n anak2 makan kue teau sup je... Lepas makan, balik rumah my sister.. kawannya dah ada kat rumah (her house is rumah bujang).. diorang menyewa dua orang je, kami pun dah biasa dengan Mala (her friend, same age with me).. sampai rumah, lepak time.. Dania mmg dah tidur masa on the way balik lagi.. Along tak tidur, asyik tanya bila CikNgah nak balik.. dia tunggu sampai my sis balik, siap ajak main..

Pagi Ahad, lepas sarapan kami bertolak balik.. tapi yang paling best, my sis pergi beli nasi lemak my fav.. dulu masa belum kahwin, dok menetap shah alam.. selalu beli nasi lemak kat sorang kakak kat seksyen 9.. ingat dh xde, rupanya masih ada lagi.. she still remember me, cuma yang kelakar dia selalu ingat yang my sis tu is me.. hmm, my sis dh x larat nk explain just layan ajelah..hehhee.. bring back the nostalgialah bila makan..psst, masa dok bercinta pun selalu beli nasi lemak n breakfast kat taman tasik bila my hubby dtg dr kuantan dulu..

Perjalanan balik kami lalu highway, hubby x larat nk layan jalan biasa.. Then, sampai Maran Fateen yg drive till our house..

ps:sampai Kuantan, sempat lagi hubby n along p gunting rambut..





ur's truly

Friday, October 9, 2009

Sedikit Coretan..

Masih belum terlewatkan untukku mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua teman2 di alam maya ini.. Harap2 masih ada yang sudi meluangkan masa menjenguk ruangan ini..

Hmm.. kalau dilihat pada tarikh entry yg lepas, dah lebih sebulan blog ini ditinggalkan.. tiada niat untuk abaikan blog ini langsung.. cuma bila balik keje, rasa terlalu penat mental dan fizikal.. mencabar sungguh kerjaya seorang guru ini.. apatah lagi apabila murid yang kita ajar majoritinya adalah tahap D kebawah.. Sometimes, rasa diri ini yang tak pandai.. Tiap2 hari ada sahaja cerita yang boleh diperkatakan.. Jarang sekali hal sekolah di bawa sampai ke rumah.. boleh sakit kepala ini..

Rezeki menjahit tudung pun terbuka luas sejak bekerja ni.. Esok akan turun KL untuk mencari material..sambil2 tu bolehlah pergi beraya rumah sedara/kenalan.. x plan lagi nk terjah rumah siapa.. Kami akan bermalam di rumah angah kat shah alam..

Tahun ni kami xde gambar raya.. tak sempat sebab sibuk sikit tahun ni, kurang bantuan di dapur sebab adik ipar beranak kecil.. For me, tahun ni tak meriah.. Lagipun, suamiku baru kehilangan wan tersayang seminggu sebelum puasa.. yang pasti seronok, anak2 lah.. meriah dengan sepupu2 yang lain..

Tengah pikir2 nak ambil gambar sekeluarga masa raya haji nanti.. itupun kalau sempat and semua org participate... biasalah, mr hubby bukan senang nk diajak bergambar..we'll see.. ^_^




ur's truly