Monday, January 30, 2012

Danish's 8th Birthday

Birthday Danish yg ke-8. Sambut awal sikit time kami balik Pontian weekend baru ni. Alhamdulillah semua happy. Danish pun happy.








ur's truly

Friday, January 27, 2012

Jiwa Kosong #@%&$

I miss them soooo muchhh.. terasa sepi sgt hari-hari ku tanpa suara mereka.. rindukan keriuhan mereka apabila bercerita sesama sendiri, mengusik dan menyakat antara satu sama lain termasuk aku pun diusik, berselisih faham dan bermasam muka.. aku rindukan semua itu.. dan akhirnya aku dan hubby kalah dgn perasaan sendiri dan kami mengambil keputusan........................................................................................................................................................ ................................................................................... esok kami nak balik johor lagi.. yeay!!! nak jumpa anak2.. hehee... sabo ajelah..

Hanya gambar pengubat rindu di hatiku..






ur's truly

Wednesday, January 25, 2012

Home Sweet Home

Lega rasa bila dh balik rumah sendiri ni.. dekat sebulan tinggalkan rumah, rasa seronok bila dapat balik rumah sendiri.. Anak2 dh boleh menyesuaikan diri di sekolah baru bersama kawan2 baru.. Majlis perkahwinan adikku yg bongsu pun sudah selesai.. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.. Tahniah buat Nazree dan Siti Fatimah.. Along doakan agar korang berdua bahagia hingga ke akhir hayat..




Dah alang2 aku balik kg ni, sempatlah aku bermini gathering dengan kawan sekolah rendahku dulu.. seronok sangat bila berjumpa.. macam2 cerita yg dikongsi bersama dan kebanyakkannya mengimbas kembali zaman kenakalan kami.. hehhee.. 4hb Februari ni ada gathering lagi yg akan dihadiri lebih ramai kawan2 sekolah rendah.. hmm, aku x dpt join.. rasa frust sgt.. hopefully lepas ni kalau ada gathering lg aku leh join..





ur's truly

Friday, January 13, 2012

Keletihan..

Seharian bertungkus-lumus menolong ibu prepare utk majlis tahlil.. akhirnya dpt juga rehat.. anak2 pun keletihan, tidur lewat.. hopefully masing2 boleh bangun pagi esok ye..
Qariah lelaki belum sampai dr surau.. so, kami kaum ibu menjamu selera dahulu ye..







ur's truly

Saturday, January 7, 2012

Bunga..

Salam buat semua...
^_^ menarik tak tajuk entry kali ni.. saja aje aku nk letak tajuk tu.. nak share jenis2 bunga yg ada kt umah my parents ni.. buat sementara waktu ni bunga2 itu masih wujud.. tapi tak taulah 2-3 minggu akan datang yea.. rumah aku nak buat majlis kenduri kawen utk adik lelaki aku.. dia yg bongsu.. so, tak sure lg sama ada ayah aku nk let go bunga2an itu atau tidak..
ok, lg satu, aku ni amik je gambar, nama bunga yg ada ni tk semua yg aku tau kay..


Bunga yg pertama.. bunga ni merupakan bunga favaorite aku.. aku mmg suka sgt bunga ni tp hubby aku tak pernah bg pun... huhuu.. aku tk sangka sungguh yg ayah aku ada tanam bunga ni.. tp cuma sepokok ajelah.. BUNGA LILY




Bunga yg kedua.. BUNGA SANTALIA




Bunga yg ketiga.. ni bunga favourite ayah aku sbb dr dulu sampai sekarang kalau tanam bunga ni mmg berpasu2.. BUNGA ORCHID





Bunga yg keempat.. BUNGA KERTAS



Bunga yg kelima.. BUNGA JEJARUM



dan yg seterusnya bunga2 yg aku tak tau namanya.. hehehee..








Tetapi, kalau korang nk tau ada satu bunga ni aku rasa mmg feveret ramailah.. sebab dia boleh makan.. hehehe.. mesti korang dapat teka apa dia kannn..

::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::

Inilah bunganya.. sedap bila dimasak apa2 jenis masakan pun ^_^ elok aje Dania menggayakannya ye.. BUNGA KANTAN



ur's truly

Wednesday, January 4, 2012

Sekolah agama pula

Sebelah pagi sekolah kebangsaan, petang pula kena ke sekolah agama.. itulah rutin along bila duduk johor ni.. masa di pahang dia sekolah agama swasta, so kt sekolah dh siap belajar akdemik dan juga agama.. bila sekolah di johor, mmg begitulh keadaannya.. balik sekolah kebangsaan dh berkejar untuk ke sekolah agama pula.. alhamdulillah kedua2 sekolah tu dekat je dgn rumah.. sempatlh utk makan dan solat semua.. Ni uniform sekolah agama Along..







ur's truly

1st Day of School

Preparation minggu lps.. bersemangat both Along and Dania mengapur kasut sekolah.. Actually this is their first experience doing that.. Sblm ni Along pakai kasut hitam so he just need to wash shoes.. tak perlu kapur2 dah.. Dania pun sama, sblm ni just pakai kasut biasa je.. Excited masing2 nak kapur kasut.. harap2 lepas ni pun mcm tu juga, so ringanlah sikit tugas embah2nya nnt..




Hari pertama persekolahan, alhamdulillah masing2 mudah aje disuruh bangun.. berseri2 muka masing2 selepas lengkap beruniform sekolah.. Handsome Along, comel Dania beruniform.. walaupun Dania masuk tadika pukul 8, tapi kami keluar sekali sebab takut lewat pulak kalau nak ambil dia kemudian.. Lagipun Along masih belum ada kelas lagi, terpaksalah tunggu sekejap.. Lepas settle kelas Along terus hantar Dania..
Along hanya dapat masuk kelas kedua shj walaupun dia layak utk masuk kelas pertama.. Kelas pertama dh penuh, dah ada 40 org murid dlm tu.. Takpelah Along, tahun depan cuba dapatkan masu
k kelas pertama.. kena rajin2 belajarlah yea.. Hantar Dania sekejap aje.. dia dah biasa bersekolah, so just hantar depan pintu kelas shj.. dia pun ok shj walaupun sekolah baru.. keseronokan dia masuk sekolah baru kita nampak, tak sabar2 nak jumpa kawan baru, cikgu baru ^_^ rasa lega sangat.. Along pun sama, laju je dia jalan tinggalkan kitorang untuk pergi beratur sampaikan tak sempat salam aku (esok2 kena pastikan dia ingat utk salam aku dulu :P)..
So far both my kids dh boleh berdikari.. so, senang hati aku and hubby nak lepaskan diorg bersekolah dgn embah2nya..











ur's truly

Tuesday, January 3, 2012

Jom ke Sekolah!!

Hari ni hari terakhir cuti sekolah.. Alhamdulilah segala urusan persekolah anak2 dapat diselesaikan dalam jangka masa yang singkat.. Terima kasih pada semua pihak yang terlibat dalam memudahkan urusan pertukaran serta pendaftaran Danish dan Dania ke sekolah baru..
Esok my kids akan bersekolah di kampung halaman mama.. tinggal bersama embah dan embahcik.. Danish dapat belajar di sek rendah mama dulu dan dania sekolah di tadika mama dulu.. mama diorg yang over seronok ^_^ masa urusan di PPD terjumpa pulak kawan-kawan lama.. tapi tak dapat nak borak lama..
Bila diorang nak mula bersekolah ni, makin terasa sayu hati ni.. semakin dekat masa untuk tinggal berjauhan drp diorg :( kuharap hatiku tabah melaluinya..



ur's truly