Sunday, June 10, 2012

Nukman Akif

Hari Jumaat yg lepas aku menerima perkhabaran yang menyedihkan. Anak kawanku kena admit ICU heart and kidney problem.. Actually, Akif seorang kanak2 yang istimewa. Kehadirannya menggembirakan orang2 disekelilingnya. Tahun ni Akif akan masuk 9 tahun. Semalam aku dikhabarkan yang Akif nazak *sob2*.. Terasa terkilan sgt sebab masa balik bercuti hari tu mmg kuat sangat perasaan nak tengok dia, tp tak pergi pun.. Marilah kita sama2 sedekahkan yassin dan doa untuk Nukman Akif agar dia kuat utk meneruskan hidupnya. Sesungguhnya kehadirannya amat diperlukan oleh keluarganya. Walau apa pun kita berdoa agar Allah mengurniakan yang terbaik buat Akif.. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui serta Maha Mengasihi.. Amin Ya Rabbal'alamin.. 



Gambar ini diperolehi dengan kebenaran mama Akif a.k.a my fren, Olie Ghazali.. Wish for her and her family to be strong and able to face all the kehendakNya..


ur's truly

Friday, June 8, 2012

Final!!

Lagi 2 hari nak mengadap exam. Rasa macam2. Sedia+taksedia+rindu+stress?? Siapkan ajelah apa2 yang patut kan. Rasa terkilan sikit sebab tak dapat bawa anak-anak holiday mana-mana time cuti sekolah kali ni. Along dengan Nia sabar yea, nanti mama cuti panjang mama bawa g jalan-jalan. 

Wajah-wajah kesayanganku. Tetap ceria menghantar mama kat stesen bas.




ur's truly

Thursday, April 19, 2012

Jom.. Batu Feringgi

Jalan-jalan jap kat Batu Feringgi. Takde orang sebab masa kami pi sana, hujan. Waktu tengahari plak tu. Tapi mmg best sebab pantai dia cantik sangat. Masa ni air plak tengah pasang. Masing-masing ceria aje walaupun cuaca masa tu hujan renyai2 dan mendung di langit.





Ni Tropical Spice Garden. Tiket masuk RM15. Tapi kami tak masuk pun. Just ambil gambar kat pintu masuk aje. Kami mmg just nk ronda2 tempat. Sekurang2nya nnt tau nak pergi mana bila family datang sini.






Alaa, lupa pulak nama masjid ni. Ni masjid terapung di area Batu Feringgi. Hujan yang makin lebat tak mengizinkan kami berlama2an di sini. Berlari2 masing2 menuju ke kereta. Kena cari destinasi lain plak. Perut pun dah berkeroncong minta di isi.




Akhirnya, kami plan pergi Gurney Plaza. Ingatkan nk tengok movie Mirror Mirror. Tp disebabkan tayangan seterusnya pukul 5 petang, dibatalkan aje hasrat tu. So, kami p makan kat Chicken Rice Shop ajelah. Aku sempat tapau roti kat Bread History. Sedapnya. Itu untuk dinner. Yummy..



ur's truly

Tuesday, March 27, 2012

Due untuk psikologi assignment dilanjutkan satu hari. Yeay!! Hantar selewat2nya 2/4/2012 pukul 12 tgh mlm. Target kena siapkan by khamis ni. Lepas tu leh buat keje lain.
Ni gambar sekolah2 yang aku pergi weekend lepas. SMK Raja Lope Nor Rashid dan SMK Panglima Besar.





** Lagi dua minggu nak start cuti mid-sem. Excitednyaa ^_^


ur's truly

Sunday, March 25, 2012

Project Luar - Sekolah

Seronok juga bila buat assignment yang perlu keluar daripada kawasan kampus ni. Terbuka rasa minda. Hari Jumaat yang lepas, kami seramai 12 orang telah membuat lawatan ke SMK Raja Lope Nor Rashid di Parit Buntar, Perak. Hari ni, Ahad, kami ke SMK Tunku Panglima Besar, Kulim, Kedah. Merata-rata berjalan untuk memenuhi keperluan assignment kami ni. Ada lagi 2 project luar yang kena settle. Untuk project sekolah, hanya perlu siapkan report sahaja sekarang ni.
Ikut perancangan, hari Jumaat ni akan ada satu field visit ke Kem Titi Hayun, Yan, Kedah. Itu untuk project KoK plak. Perkhemahan 3 hari 2 malam. Aku jadi SU, banyaknya kerja yang perlu dibuat. Huhuu.. Seumur hidup aku belajar dan bekerja, inilah kali pertama aku jadi SU. Tak sukaaa.. Namun, akan ku laksanakan dengan sempurna serta terbaik. Itu janji aku pada diri sendiri. Peluang belajar ni tak akan ku sia-siakan. Setiap cabaran yang diberi akan ku sambut dengan redha serta diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Ok, sebagai SU aku akan turun serta dalam field trip tu. Maybe aku kena drive sendiri. Cekal, tabah, berani. Kuang..kuang..kuang.. kuatkan ajelah hati ni nak drive masuk kampung orang. Berdoa agar tiada apa2 yang berlaku.
Kemudian, ada satu lagi project iaitu projek ke pusat komuniti. Outline untuk project ni lom tau lagi. Esok baru tau masa lecture.






ur's truly